MAJLIS JAMUAN PASCARAYA SANAWI 1446H
Pada 16 Mei 2025 yang lalu, Madrasah Baitur Rahmah (MBR) telah menganjurkan satu program istimewa yang dinamakan * Majlis Jamuan Pascaraya Sanawi 1446H *. Program ini diadakan bagi meraikan para pelajar Sanawi sempena sambutan Aidilfitri, walaupun bulan Syawal telah berlalu. Justeru itu, dinamakan "pascaraya", melambangkan sambutan raya peringkat sekolah yang tertangguh, namun tetap disambut dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan. Selain itu, majlis ini turut bertujuan mengeratkan hubungan antara pelajar dan guru di MBR. Ia menjadi medan untuk mencipta kenangan manis bersama serta memperkukuh ikatan ukhuwah sesama warga madrasah dalam suasana santai dan mesra. Istimewanya, pelajar dan guru berpeluang menikmati juadah yang berlainan daripada kebiasaan. Hidangan utama yang sedap lagi lazat telah disediakan oleh pihak "Dua Dapur Budak (2BD)", hasil sumbangan yang dikumpulkan daripada para ibubapa. Di samping itu, terdapat juga pelbagai juadah potluck yang dibawa ole...

Ulasan
Catat Ulasan