LATAR BELAKANG
MBR mengorak langkah awal sejak 2018, memulakan kelas hafazan sesi petang dengan hanya mempunyai 8 orang pelajar berbekalkan kekuatan tenaga pengajar sebanyak 2 orang guru sahaja. Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 2019, MBR beroperasi secara atas-talian (online) sepenuhnya, seiring pertambahan jumlah pelajar dan staf.
Idea penubuhan MBR berinspirasikan halaqah-halaqah hafazan Al-Quran dan kelas-kelas agama di Masjid Al-Haram dan Masjid Nabawi yang pernah Al-Fadhil Ustaz Abu Asma' alami sepanjang pengembaraan beliau menuntut ilmu di Tanah Suci.
Atas desakan ramai yang meminta untuk menubuhkan sekolah Tahfiz semi-pengajian kitab lengkap berasrama; bermula 2020, langkah drastik diambil oleh Al-Fadhil Ustaz Abu Asma' dan sidang AJK PBRKL untuk memulakan operasi sekolah tahfiz dengan lebih serius, sistematik dan berpusat di Kepong, Kuala Lumpur.
Idea penubuhan tersebut disambut baik oleh komuniti setempat di Segambut. MBR diberi peluang untuk berpusat di Surau Al-Hidayah, Segambut Dalam - Kepong Baru Dalam, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sekaligus mengimarahkan aktiviti surau tersebut.
Pelajar Madrasah Baitur Rahmah terdiri daripada pelajar-pelajar yang datang dari seluruh negeri di Malaysia. Mulai 2022, apabila MBR mula membuka fasiliti asrama bersebelahan surau, perkembangan bilangan pelajar semakin meningkat dan pesat seiring permintaan ramai. Sehingga kini, permintaan semakin menggalakkan dengan begitu rancak.


Ulasan
Catat Ulasan